Tuesday, December 29, 2009

BENTUK PEMERINTAHAN ISLAM

Sistem pemerintahan Islam adalah sebuah sistem yang lain sama sekali dengan sistem-sistem pemerintahan yang ada di dunia. Baik dari aspek asas yang menjadi landasan berdirinya, pemikiran, pemahaman, standar serta hukum-hukum yang dipergunakan untuk melayani kepentingan umat, maupun dari aspek undang-undang dasar serta undang-undang yang diberlakukannya, ataupun dari aspek bentuk yang menggambarkan wujud negara tadi, maupun hal-hal yang menjadikannya beda sama sekali dari seluruh bentuk pemerintahan yang ada di dunia.



A. Pemerintahan Islam Bukan Monarchi

Sistem pemerintahan Islam tidak berbentuk monarchi. Bahkan, Islam tidak mengakui sistem monarchi, maupun yang sejenis dengan sistem monarchi.

Kalau sistem monarchi, pemerintahannya menerapkan sistem waris (putra mahkota), dimana singgasana kerajaan akan diwarisi oleh seorang putra mahkota dari orang tuanya, seperti kalau mereka mewariskan harta warisan. Sedangkan sistem pemerintahan Islam tidak mengenal sistem waris. Namun, pemerintahan akan dipegang oleh orang yang dibai'at oleh umat dengan penuh ridla dan bebas memilih.

Sistem monarchi telah memberikan hak tertentu serta hak-hak istimewa khusus untuk raja saja, yang tidak akan bisa dimiliki oleh yang lain. Sistem ini juga telah menjadikan raja di atas undang-undang, dimana secara pribadi memiliki kekebalan hukum. Dan kadangkala raja hanya simbol bagi umat, dan tidak memiliki kekuasaan apa-apa, sebagaimana raja-raja di Eropa. Atau kadangkala menjadi raja dan sekaligus berkuasa penuh, bahkan menjadi sumber hukum. Dimana
raja bebas mengendalikan negeri dan rakyatnya dengan sesuka hatinya, sebagaimana raja di Saudi, Maroko, dan Yordania.

Lain halnya dengan sistem Islam, sistem Islam tidak pernah memberikan kekhususan kepada khalifah atau imam dalam bentuk hak-hak istimewa atau hak-hak khusus. Khalifah tidak memiliki hak, selain hak yang sama dengan hak rakyat biasa. Khalifah juga bukan hanya sebuah simbol bagi umat yang menjadi khalifah namun tidak memiliki kekuasaan apa-apa. Disamping khalifah juga bukan sebuah simbol yang berkuasa dan bisa memerintah serta mengendalikan negara beserta rakyatnya dengan sesuka hatinya. Namun, khalifah adalah wakil umat dalam masalah pemerintahan dan kekuasaan, yang mereka pilih dan mereka bai'at dengan penuh ridla agar menerapkan syari'at Allah atas diri mereka. Sehingga khalifah juga tetap harus terikat dengan hukum-hukum Islam dalam semua tindakan, hukum serta pelayanannya terhadap kepentingan umat.

Disamping itu, dalam pemerintahan Islam tidak mengenal wilayatul ahdi (putra mahkota). Justru Islam menolak adanya putra mahkota, bahkan Islam juga menolak mengambil pemerintahan dengan cara waris. Islam telah menentukan cara mengambil pemerintahan yaitu dengan bai'at dari umat kepada khalifah atau imam, dengan penuh ridla dan bebas memilih.

Tuesday, December 22, 2009

Solat Tahajud

Solat 5 waktu adalah solat bagi orang-orang mukmin dan solat Tahajud pula adalah solat untuk orang-orang soleh. menurut satu hadith;

Rasulullah SAW bersabda;

“Jika tidak kerana memberatkan umatKu, nescaya aku wajibkan Tahajud ke atas mereka”"

Kelebihan Tahajud;

Jika dilakukan solat Tahajud ini dengan cara istiqamaha maka Allah s.w.t akan memberi 3 ganjaran;

1. 1. Dapat lidah yang hikmah
2. 2. Diangkat kedarjat wali
3. 3. Lepas dari kesakitan ketika sakaratul maut

Selain itu juga;

1. * Doa-doa akan diperkenankan
2. * 2 rakaat tahajud lebih baik dari dunia dan seisinya
3. * Allah akan menunjukkan mahligai disyurga semasa sakaratul maut mendapat lampu atau cahaya dalam kubur
4. * Dapat naik kuda emas bagi suami isteri yang saling membangunkan antara satu sama lain untuk tahajud
5. * Jika kita selalu panggil orang ke masjid maka diwaktu malam Allah akan panggil kita untuk tahajud
6. * Mendekatkan kita dengan Allah dan menjauhkan kita daripada membuat dosa

Solat Tahajud (Sejarah)

Dari segi sejarahnya, sembahyang tahajud mula disyariatkan tidak lama selepas Nabi s.a.w mendapat wahyu pertama di gua Hira’. Ia dinyatakan Allah dalam surah ai-Muzammil (yang berselimut), yang diturunkan ketika Nabi s.a.w menggeletar di dalam selimut selepas baginda s.a.w mendapat wahyu pertama itu.

Menurut Penolong Pengarah Kajian Fatwa Jabatan Agama islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Abdul Aziz Che Kob, “Pada awalnya, sembahyang sunat tahajud hukumnya fardhu kepada Nabi. Bagaimanapun, apabila turun ayat ke-20 surah yang sama (kira-kira setahun selepas turunnya ayat pertama) Allah menjelaskan bahawa sembahyang Tahajud adalah sunat dan afdalnya ditunaikan pada sepertiga malam”. Walaupun hukumnya adalah sunat , namun bagi Nabi, bersembahyang tahajud tetap dianggap sebagai suatu kewajipan. “Ia menjadi rutin kepada hidup Nabi”, ujar beliau.

Mengenai rakaat, Abdul Aziz memberitahu, Nabi akan bersembahyang malam, termasuk tahajud, sekurang-kurangnya sebelas rakaat. Namun demikian tidak ada surah-surah tertentu yang ditetapkan supaya dibaca selepas al-Fatihah. “Selain membaca surah-surah panjang dalam al-Quran, hingga dihabiskan satu juzuk dalam satu rakaat, Nabi juga membaca surah lazim yang pendek.. Jadi para ulama sependapat lagi bahawa bagi memudahkan masyarakat menunaikan tahajud, kita boleh membaca surah-surah lazim”.

Dari segi sejarah juga diceritakan bahawa Nabi kerap bersembahyang malam hingga kakinya menggigil dan bengkak akibat terlalu lama berdiri. Bagi menjelaskan lagi keberkesanan sembahyang tahajud, Abdul Aziz membawa dua kejadian sebagai iktibar. Ia dengan jelas menunjukkan betapa pentingnya sembahyang tahajud dalam mendekatkan diri dengan Allah, membina kekuatan rohani dan keyakinan diri umat islam.

“Dalam satu peperangan, Kahalifah Umar r.a diselubungi tanda tanya kerana selepas seminggu bertempur dengan kaum musyrikin, tentera islm masih belum mendapat kemenangan. Perkara itu membinggungkannya kerana pada kebiasaannya tentera islam tidak perlu menunggu masa sebegitu lama untuk mengalahkan musuh. Malam itu, Kahalifah Umar melawat ke khemah-khemah tenteranya sedang kyusuk sembahyang tahajud, kecuali sebuah yang mana penghuninya sedang nyenyak tidur. pada keesokkan harinya kahlifah membuat keputusan yang amat mengejutkan. Beliau menyingkir semua penghuni khemah terbabit (yang tidak bersembahyang tahajud) daripada menyertai perang kerana katanya “mereka tidk mempuyai rohani yang kuat”. Akhirnya walaupun jumlah semakin berkurangan, tentera islam telah berjaya menumpaskan musuh”, kata Abdul Aziz.

Beliau juga memberitahu, salah satu faktor panglima islam terkenal, Sallehuddin al-ayubi berjaya menawan kembali Istanbul adalah kerana cuma mengambil panglima-panglima yang bersembahyang tahajud sahaja untuk mengemudi perang.”

Sembahyang Tahajud Membawa Kepada Limpahan Rezeki

Sembahyang tahajud iaitu sembahyang sunat dua rakaat, merupakan di antara pelbagai shalat sunat yang disyariatkan oleh Allah. Ia ditunaikan apabila seseorang itu terjaga daripada tidur sementara waktu yang paling sesuai melakukannya adalah di antara sepertiga malam iaitu kira-kira dari pukul 2:30 pagi hingga menjelang subuh. “Kalau nak sembahyang sebelum tidur, iaitu selepas sembahyang isyak pun boleh, tapi lebih eloklah pada sepertiga malam kerana waktu itulah yang paling sesuai untuk seseorang itu membersihkan jiwa serta mendekatkan diri dengan Allah” kata Ustaz Muhd Shafie, setiausaha penasihat syariah sebuah syarikat makanan antarabangsa.

Sebagai seorang yang banyak membuat kajian berhubung shalat tahajud, Mohamad memberi penjelasan lanjut mengenai sembahyang itu ringkas tetapi padat. Beliau memberitahu, walaupun sembahyang tahajud dua rakaat sahaja, ia boleh ditunaikan lebih daripada itu mengikut kemampuan masing-masing. Bagaimanapun sebelum sembahyang tahajud, adalah lebih elok jika ia didahului dengan sembahyang sunat mutlak dua rakaat dan di akhiri dengan sembahyang sunat witir (jika tidak sempat menunaikannya sebelum tidur). Mengenai surah yang sepatutnya dibaca selepas al-fatihah, Mohamad memberitahu, tidak ada surah tertentu yang ditetapkan. “tapi biasannya kita baca surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah al-ikhlas pada rakaat kedua. Surah al-Kafirun itu menurut Nabi fadilatnya mewakili 2/3 daripada al-Quran. Surah al-Ikhlas pula mewakili 1/2 al-Quran”.

Selain untuk meningkatkan keimanan, shalat tahajud disyariatkan Allah kerana ia mempuyai banyak hikmah dan keberkatannya. Allah menetapkan waktunya pada sepertiga malam kerana suasana ketika itu amat hening, paling sesuai untuk beribadah, bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah. Perkaa itu kata Mohamad, ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Muzammil ayat 6 yang bermaksud; Sebenarnya sembahyang dan ibadah malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.

“Selepas shalat tahajud, mohonlah ampun kepada Allah”. kata Ustaz Mohamad sambil merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “Allah turun (kuasa/perintah) pada tiap-tiap malam langit dunia. wahai malaikat, kamu periksa semua makhluk-makhluk di muka bumi. Sesiapa yang bermohon kepadaKu (di sepertiga malam), maka makbulkan doanya. Sesiapa yang meminta kepada Aku, beri. Sesiapa yang meminta ampun kepada Aku, maka ampunkanlah ia”.

Kesempatan itulah ujarnya, yang perlu di raih oleh setiap muslim. “Jadi gunakan waktu itu untuk bertaubat, hampirkan diri dengan Allah supaya menjadi orang beriman. Orang yang selalu sembahyang malam, hatinya bersih, suci, hubungan dengan Allah cukup kuat, patuh perintah Allah dan dikasihi Allah.

Shalat tahajud mempunyai pelbagai hikmah dan fadilatnya. Fadilat itu, ujar Mohamad, antara lain djelaskan Allah dalam surah al-Israa’ ayat 79 bahawa orang yang bersembahyang tahajud akan dibangkitkanNya (di akhirat) di tempat yang terpuji. Ini dijelaskan lagi dalam hadis Rasullulah s.a.w yang bermaksud;

“Wahai manusia, bayakkanlah memberi salam, beri makan kepada orang susah, sembahyang di tengah malam di waktu orang lain sedang tidur, maka kamu masuk syurga. ”
Janji Allah itu cukup jelas kerana orang yang gemar menunaikan tahajud adalah orang yang cintakan Allah, bersih hatinya dan sentiasa memohon ampun kepada Allah untuk menyucikan dirinya daripada dosa. Mereka akan kembali kepada Allah dalam keadaan mulia dan dimasukkan ke syurga”, tegasnya.

Dengan tingkat keimanan yang tinggi, tambah Mohamad, orang-orang yang gemar bershalat tahajud akan mendapat satu lagi keistimewaan yang diingini oleh semua muslim iaitu diambil nyawanya dalam husnul khotimah (mati beriman). Kerana mereka orang-orang yang mulia, malaikat akan mengambil nyawa mereka dengan memberi salam dahulu. Kemudian barulah di ambil nyawanya di dalam keadaan dia tidak berasa sakit”, ujarnya. Demikian untungnya mereka yang gemar bersembahyang tahajud.

Selain dijanjikan syurga, kata Mohamad, orang yang gemar bersembahyang tahajud juga akan dianugerahi Allah dengan pelbagai rezeki seperti hati yang tenang, ilmu yang banyak, murah rezeki, harta terpelihara, kesihatan yang baik, anak-anak berjaya dalam kerjaya dan dihormati masyarakat. Tegas beliau, kerana besarnya fadilat sembahyang tahajud itulah Nabi s.a.w mengajak umatnya menunaikan ibadah tersebut pada setiap malam, tetapi jika tidak mampu, sekali seminggu, sekali sebulan, sekali setahun atau sekali seumur hidup.

Memandangkan besarnya fadilat sembahyang tahajud, tetapi sukarnya untuk menunaikan sembahyang tersebut, Mohamad memberikan ‘petua’ bagi membolehkan kita melakukannya iaitu;
* Tingkatkan keimanan. Ingatlah, sembahyang ini menjadi sesuatu yang berat melainkan bagi hati yang kyusuk. Untuk dapatkan hati yang kyusuk, perlulah dibina dahulu iman di dalam jiwa. Dan seperti satu rantai, orang yang beriman akan bertambah kuat iman serta keyakinan diri mereka apabila kerap bersembahyang tahajud
* Sebelum tidur, sematkan ke dalam fikiran kita untuk bangun pada sepertiga malam, pukul tiga pagi misalnya untuk sembahyang tahajud. Insyallah pada waktu yang dikehendaki itu kita akan terjaga
* Jadikannya ia suatu kebiasaan. Walau kita tidur lewat macam mana pun, buatlah amalan bangun pada waktu yang dikehendaki untuk sembahyang tahajud.


Selamat Tahun Baru Hijrah 1431 H

Assalamualaikum semua,

Saya mengucapkan Selamat Menyambut MaalHijrah 1431 kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita melakukan perubahan diri di tahun baru ini dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Kita mesti mengangkat kembali martabat agama Islam yang kita cintai. Hidupkan Perjuangan kita..ALLAHUAKHBAR...!!!

Maksud Islam

Islam adalah agama Allah yang diturunkan sebagai panduan hidup manusia sejak zaman berzaman. Bermula dengan zaman Nabi Adam sehingga manusia terakhir dilahirkan. Islam sahaja suatu cara hidup yang sempurna dan sepatutnya menjadi pegangan setiap manusia. Agar mereka selamat di dunia dan sejahtera di akhirat yang berkekalan. Kehidupan di dunia ini (dengan segala isinya) hanyalah semata-mata menjadi tanda kewujudan kehidupan di akhirat.

Sekiranya diperhatikan di dunia ini, tidak suatu perkara pun yang diciptakan tanpa faedah. Sekiranya hasil ciptaan manusia pun ada faedah, masakan ciptaan manusia oleh Allah SWT adalah sia-sia sahaja? Adakah dikira berfaedah sekiranya ciptaan manusia hanya untuk menikmati kehidupan selama 50 sehingga 100 tahun sahaja? Dengan pelbagai halangan dan kesusahan, sakit dan kesakitan? Sedangkan kadar kesusahan manusia sekiranya hendak dibandingkan dengan kesusahan makhluk-makhluk lain adalah berlipat-lipat kali ganda. Susah yang manusia hadapi lagi banyak. Apakah ia sesuai dengan kejadian manusia? Apakah cukup faedah atau manfaat daripada ciptaan manusia?

Persoalan tersebut menjadikan kita faham kebenaran tentang wujudnya alam lain selain alam dunia. Dunia itu sendiri berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud “kurang” atau “rendah”. Orang Arab menyatakan “Ad-Danwu minal Ardh” maksudnya “muka bumi yang bertanah rendah”. Alam lain yang dimaksudkan ialah suatu alam yang tiada penghujungnya dan penuh dengan nikmat-nikmat sesuai dengan manfaat kejadian manusia.

Sebagai contoh manusia ingin melihat lebih daripada 2 kilometer. Di dunia perkara tersebut tidak tercapai. Sekiranya kita berada di suatu negeri, mustahil mata kita dapat melihat keadaan (atau keindahan) yang ada dan berlaku di negeri yang lain. Kalau penglihatan pada waktu malam pula, maka ia lebih terbatas kepada jarak mungkin 200 meter sahaja. Ada juga manusia terpaksa menggunakan cermin mata hanya untuk membolehkannya membaca atau melihat objek sejauh 100 cm sahaja daripada dirinya. Malah lebih dekat.

Dengan wujudnya teknologi seperti internet dan satelit, tv dan video dan seumpamanya maka kita dapat juga hari ini melihat negeri luar walaupun pada masa tersebut kita berada di negeri kita sendiri. Kemampuan manusia hari ini mencipta alat (dengan izin dan idea juga daripada Allah) juga merupakan bantuan Allah agar umat kini lebih faham erti wujudnya alam akhirat yang mana penglihatan padanya tidak terbatas. Sehingga mata kita ini mampu melihat zat Allah juga. Yang ianya telah menjadikan gunung itu hancur setelah Nabi Ibrahim meminta agar Allah menjelma. Usahkan mata manusia di dunia. Gunung itu pun hancur berkecai. Itulah kelemahan dunia yang Allah akan cukupkan (gantikan) dengan kesempurnaan di akhirat.

Manakala Islam, ia adalah suatu tatacara, dustur, atau panduan hidup yang sempurna bagi manusia di dunia. Hal ini ditegaskan sendiri oleh Allah dalam al-Quran. Islam adalah agama dan cara hidup yang sempurna di dunia dan dengannya sahaja manusia akan menikmati kesempurnaan di akhirat.

Islam maksudnya “Istislam” iaitu menyerah diri kepada ketentuan Allah. Apa sahaja yang diperintahkan Allah daripada sekecil-kecilnya seperti menyucikan diri daripada najis (bab taharah) sehingga peraturan mewujudkan negara yang taat dan patuh kepada Allah dan syariatNya. Masakan kita dikira muslim (orang Islam) kalau kita masih boleh mengatakan ada perkara-perkara yang telah ditentukan oleh Allah itu sebagai perkara yang remeh temeh? berhak kah kita untuk itu. Adakah kita dengan perbuatan (kita hari ini) telah benar-benar menyerah diri kepada ketentuan Allah?

Janganlah kita jadi seperti kaum yahudi yang mana suatu ketika mereka meminta Allah menentukan suatu perkara kepada mereka. Setelah ketentuan Allah itu tiba maka mereka tanpa segan silu telah memungkirinya.

Marilah sama-sama kita semak semula iman kita, Islam kita dan tempat kita di sisi Allah SWT.. wallahu aklam.

Wednesday, December 16, 2009

Permulaan Pemerintahan Islam

Bermula pada 1 Hijrah di mana masyarakat Islam ketika itu berhijrah dari Mekah ke Madinah. Masyarakat Islam ketika itu di ketuai junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W berhijrah bersama-sama umat Islam yang lain. Bermula satu era baru perubahan masyarakat Islam pada ketika itu. Masyarakat Islam Muhajirin bersama Ansar berganding bahu bersama-sama. Rasulullah S.A.W pertama sekali membina Masjid sebagai pusat ibadah dan pemerintahan.

Monday, December 14, 2009

Negara Islam

Negara Islam bertapak sudah bertapak sehingga 1431 Hijrah. Dengan kepimpinan Rasulullah S.A.W pemerintahan pertama, bumi Madinah telah menjadi saksi kebangkitan pemerintahan Islam sejak itu. Ia di teruskan lagi oleh sahabat baginda Abu Bakar, Omar, Othman & Ali. Semasa pemerintahan Omar Al-Khattab, pemerintahan Islam berkembang dengan pantas sehingga ke sebahagian Eropah. Kejayaan itu meyakinkan umat manusia yang Islam boleh berkembang ke seluruh dunia. Perjuangan itu di teruskan oleh pejuang seperti Omar Abdul Aziz dan Sallahuddin Ayubi untuk terus mempertahan agama Allah (ISLAM)..

Hidup Dalam Batas Hukum

Bismillahirahmanirahim..

Mukadimah..

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,

Syukur ke hadrat illahi keran limpah kurnia-Nya saya dapat melahir satu lagi blog mengenai Islam untuk tatapan umat Islam di seluruh Malaysia. Bermulanya dari sini saya berharap dapat berkongsi bersama informasi berkenaan Islam bersama umat muslimin. Ini adalah permulaan untuk kita berjuang di dalam dunia syber yang semakin mencabar. Semakin ramai umat manusia di dunia ini lupa akan tanggungjawab sebagai seorang umat Islam yang menjadi khalifah kepada dunia ini. Allah akan menyayangi umatnya yang menegakkan agamanya (ISLAM). Perjuangan kita bermula dari sekarang..Allahuakhbar!!!!